Ezu Langkawi
ezulangkawi.comVilla keluarga dengan kolam infiniti di tengah sawah padi, serta kafe simpan bagasi berhampiran Lapangan Terbang Langkawi. Dua perniagaan, satu website dwibahasa.
Lawat Website Ezu Langkawi (buka tab baharu)Pelanggan cari di Google, jumpa homestay anda, terus WhatsApp.
Website profesional dengan domain sendiri, WhatsApp, Google Maps, galeri gambar dan SEO asas. Kami siapkan semuanya untuk anda.
RM499 bayar sekali Tengok preview dulu, percuma.
Homestay di Langkawi yang kini ada website dan domain sendiri. Tekan untuk tengok website sebenar.
Villa keluarga dengan kolam infiniti di tengah sawah padi, serta kafe simpan bagasi berhampiran Lapangan Terbang Langkawi. Dua perniagaan, satu website dwibahasa.
Lawat Website Ezu Langkawi (buka tab baharu)Tiga villa rumah Melayu tradisional di Kampung Lubuk Setol, dengan kolam infiniti menghadap sawah padi. Pelanggan tanya kekosongan terus di WhatsApp.
Lawat Website Rumah Bendang Langkawi (buka tab baharu)Semua yang pelanggan nak tahu tentang homestay anda, dalam satu tempat.
Homestay anda dapat domain .com sendiri, bukan tumpang di bawah website syarikat lain.
Website dibina supaya Google senang jumpa dan senaraikan homestay anda.
Pelanggan tekan satu butang, terus WhatsApp anda. Tiada orang tengah.
Pelanggan nampak lokasi homestay dan terus dapat arah ke sana.
Tunjuk bilik, kemudahan, kolam renang, pemandangan dan suasana homestay anda.
Pelanggan yang biasa tempah di Airbnb atau Booking.com masih boleh tempah di sana.
Kebanyakan pelanggan buka website guna telefon, jadi kami reka untuk telefon dulu.
Tahu berapa ramai orang buka website anda setiap bulan.
Bahasa Melayu dan English, supaya pelancong dari luar negara pun faham.
Ramai pemilik homestay bergantung sepenuhnya pada Facebook, Instagram atau Airbnb. Post cepat tenggelam, platform tempahan ambil komisen, dan platform tu bukan milik anda.
Bila pelanggan cari di Google pula, homestay anda mungkin tak muncul langsung.
Website sendiri memberikan homestay anda satu tempat rasmi di internet.
Tak pasti warna apa yang sesuai? Pilih satu gaya sebagai permulaan. Kami sesuaikan warnanya dengan gambar homestay anda.

Warna kayu dan tanah yang hangat. Sesuai untuk rumah kayu, rumah tradisional dan suasana sawah.

Biru laut, pasir dan putih. Sesuai untuk homestay dekat pantai, pulau dan chalet.

Putih bersih dengan warna gelap. Sesuai untuk rumah moden, apartmen dan villa.
Satu pakej lengkap yang sesuai untuk kebanyakan homestay. Tiada pakej yang mengelirukan, tiada caj tersembunyi.
Lepas website siap, kalau nak tukar atau update apa-apa nanti, bayar bila perlu sahaja.
Promo: domain 2 tahun jika anda bayar sebelum 31 Disember 2026. Selepas itu, domain 1 tahun.
Tiada bayaran bulanan untuk website.
Halaman tambahan: RM100 setiap satu.
Selepas tempoh domain tamat: domain diperbaharui setiap tahun. Anda boleh perbaharui sendiri atau minta kami uruskan dengan caj RM100 setahun.
WhatsApp kami atau isi borang di bawah. Ceritakan sedikit tentang homestay anda.
Nama homestay, gambar, lokasi, nombor WhatsApp, pautan tempahan dan gaya pilihan anda.
Kami bina draf website anda. Belum perlu bayar apa-apa lagi.
Puas hati dengan preview? Bayar RM499. Kami daftar domain atas nama anda dan buat sehingga 3 perubahan besar.
Website anda dilancarkan di domain sendiri. Kami beri butiran pemilikan domain dan cara nak perbaharui.
Kami gunakan reka bentuk website homestay yang sudah siap (Kampung, Pantai atau Moden) dan sesuaikan dengan gambar dan maklumat homestay anda. Website satu halaman ini ringan dan tidak perlukan hosting berbayar. Jadi kosnya rendah, dan tiada yuran bulanan untuk anda.
Tak perlu. Kami uruskan setup website, domain dan perkara teknikal untuk anda.
Tak perlu. Kami bina preview percuma dulu. Anda hanya bayar RM499 selepas anda setuju dengan preview tersebut.
Tak. Website dibayar sekali dan tiada caj bulanan untuk hosting. Domain tahun pertama sudah termasuk dalam harga. Promo: dapat domain 2 tahun jika anda bayar sebelum 31 Disember 2026.
Domain perlu diperbaharui setiap tahun. Anda boleh perbaharui sendiri, atau minta kami uruskan dengan caj RM100 setahun.
Domain didaftarkan atas nama anda. Kami hanya membantu setup dan menguruskannya semasa proses pembinaan website. Jika anda mahu berpindah pada masa hadapan, kami akan serahkan fail website dan bantu pindahkan domain anda.
Contohnya tukar warna, susunan bahagian, gambar utama atau tulis semula satu bahagian. Pembetulan kecil seperti ejaan, nombor telefon atau harga tidak dikira.
Boleh. Setiap halaman tambahan RM100, contohnya halaman untuk setiap unit rumah atau tarikan berdekatan.
Tiada sistem booking berasingan. Pelanggan tempah terus melalui WhatsApp anda, atau melalui Airbnb/Booking.com yang anda sudah guna. Tiada sistem baharu untuk dipelajari, tiada login dan tiada caj bulanan. Anda terus berurusan dengan pelanggan seperti biasa.
Kami menyediakan struktur dan SEO asas supaya Google boleh menemui dan mengindeks website anda. Kedudukan di Google bergantung kepada persaingan, kandungan dan masa.
Tajuk dan penerangan yang jelas untuk Google, struktur halaman yang betul, maklumat homestay dalam format yang Google faham (data berstruktur), sitemap, gambar yang dioptimumkan supaya website laju, dan reka bentuk mesra telefon. Kami juga daftarkan website anda di Google Search Console supaya Google tahu website anda wujud.
Biasanya Google mula mengindeks website dalam beberapa hari hingga beberapa minggu selepas didaftarkan. Carian nama homestay anda selalunya muncul dahulu. Carian umum seperti "homestay Langkawi" mengambil masa lebih lama dan bergantung kepada persaingan di kawasan anda.
Tak boleh. Tiada sesiapa boleh menjamin kedudukan di Google. Kami pastikan asasnya betul supaya Google boleh menemui dan memahami website anda.
Letakkan pautan website anda di Facebook, Instagram, TikTok dan profil Google Maps (Google Business Profile) anda. Minta tetamu tinggalkan ulasan di Google. Semakin banyak orang jumpa dan melawat website anda, semakin baik untuk kedudukan di Google.
Ya. Jika anda perlukan perubahan kemudian, hubungi kami dan kami boleh buat update dengan caj berdasarkan kerja yang diperlukan.
Tekan butang WhatsApp untuk berbual terus dengan kami, atau isi borang ringkas dan kami akan WhatsApp anda semula.
Biar pelanggan jumpa homestay anda di Google, lepas tu terus WhatsApp anda.
Saya Nak Website Homestay